Monday, May 29, 2017

aku share lagi resepi pagi ni...kuih talam keladi



Terima kasih kerana sudi pagi-pagi subuh ni menjengah
blog aku ni, ape yang spesial hari ni?yang sepesel ialah puasa dah masuk hari yang ke empat, aku dari icu / ccu hospital banting berlari sebentar ke homestay Lorong Hj Jonid Kanchong Darat , Banting !
Tadi Alhamdulilah sempat bersahur ..lauk semalam aje , baki lauk jangan membazir... kite layan sup ayam dengan sambal kicap & teh o panas juge kopi minn kaffe okay kan heee...


Doakan mak cintahati kembali sihat macam selalu , mak di icu / ccu Hospital Banting



Aku akan sharingkan satu resepi kuih tradisional..
iaitu sejenis kuih talam....
resepi untuk berniaga atau untuk makan sendiri..
Bahan nak buat pun mudah nak dicari.. jadi ape lagi korang..
sila rujuk resepi dibawah ni..

Kuih Tradisonal


Resepi Talam Keladi Untuk Berniaga atau Untuk Family



Bahan



Lapisan Bawah



( A )



200 gm Tepung Beras ( Cap Teratai )

20 gm Tepung Ubi

1 ½ sudu kecil Garam Halus

300ml Santan Pekat

700ml Air



( B )



200 gm Keladi Ungu ( Keladi Cina )- Buang kulit, potong dadu , kukus dan timbang.

Cara membuat :

1.Bancuh ke semua bahan ( A ) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan Bahan ( B ) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap.


Lapisan Atas



100 gm Tepung Gandum

250 gm Gula Castor / Gula Halus

4 Biji Telur gred A / B

200 ml Santan Pekat

400 ml Air

¾ penutup Pewarna Violet / Purple


Cara Membuat

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata, kacau rata supaya tepung tidak bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak Hingga naik wap.

3.Tuangkan ke atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15-20 minit.

4.Sekali – sekala tudung hendaklah dilap.

Tips :

Sila gunakan Loyang segiempat 10 inci x 10 inci untuk 1 resepi ini

Jika menggunakan Loyang 11 inci x 11 inci = gunakan 1 ¾ resepi

Jika menggunakan Loyang 12 inci x 12 inci = gunakan 1 ½ resepi

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Talam ini aku telah menggunakannya semenjak 2004 semasa berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu aku yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kepada korang yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang aku buat.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!



No comments:

Post a Comment