Saturday, June 17, 2017

Perginya CINTA HATI AKU...untuk selama lamanya..

Apabila dlm blog aku di chefgunawanmalaysia.blogspot.com ..perkataan & link yang menjadi trending ialah " nestum bar chef obie " tapi tiada resepi dikongsikan melainkan info untuk menempah nestum bar aje..Tak syok lah macam tu kan..jadi
Petang ni aku terbuka hati nak berkongsi ilmu dalam pembuatan nestum bar ini..
yang penting nestum cereal original tu mesti digunakan..yea


Moga-moga ada keberkatan kite bersama dalam bulan Ramadhan ini. Doakan lah aku ini dimurahkan rezeki dan sihat untuk melakukan pelbagai aktiviti duniawi mahupun ukhrawi.InshaAllah Aamiin...

Rasanya masih belum terlewat juga aku ingin kongsikan khabar berita sedih iaitu pada 18 hb Ramadhan 1438 yang lepas , Mak atau CINTA HATI AKU selama ini telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Banting. Wad 6 Bilik Isolation pada pukul 1050 pagi.

Ya Allah Semoga mak di tempatkan dalam golongan Insan terpilih , tempatkanlah mak dalam syurga firdausMU Ya Allah dan dijauhkan lah mak daripada api nerakaMU

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Pihak aku dan keluarga juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada staff hospital banting terutama wad 6 dan juga ICU/CCU sepanjang mak berada disana , Kalian semua sungguh dedikasi dan sentiasa ada dan membantu kami dalam bersama menjaga mak dan memberi rawatan yg terbaik untuk mak.
Mak berada di Hospital Banting bermula 23 hb April 2017 hingga 13 hb Jun 2017

Al Fatihah untuk mak...


RESEPI NESTUM BAR CHEF OBIE

Bahan Utama

400gm Nestum Cereal ( boleh guna yg timbang @ packet murah jika korang kosting )
1000 gm @ 1kg Milk Chocolate Compound ( dicairkan )
100 gm Serbuk Horlicks
100 gm Kacang Tanah di panggang @ digoreng ( ditumbuk )
100 gm Almond Nibs ( dipanggang )
3 sudu besar Cocoa Butter
1 sudu kecil Coffe Esen
1/2 cawan minyak masak

Bahan Salut

200 gm Cereal Nestum
100 gm Horlicks

Cara Penyediaan :

1.Satukan ke semua bahan dalam bowl sehingga adunan mesra .Gunakan wooden spatula atau plastik spatula.
2.Padatkan adunan ke dlm loyang pilihan korang sama ada saiz 11 x 11 , korang boleh gunakan 2@3 loyang utk resepi ini. Saiz mengikut pilihan korang sendiri.
3.Sila pastikan loyang korang letak partchment paper terlebih dahulu sebelum korang nak padatkan adunan.
4.Biar ketepi dan NESTUM BAR akan set sendiri.Kalau korang jenis tak sabar .korang boleh letak dlm peti sejuk.
( chef tak galak simpan peti sejuk kalau korang nak buat bizz..sbb mudah fungus jadi sabar itu lebih berbaloi ok )
5.Apabila adunan dlm loyang dah set.Potong dgn kemas.
6.Salutkan dengan bolak balikkan potongan nestum bar ke dlm nestum + horliks


whatsapp / telegram
60172260719
chef obie

Monday, May 29, 2017

aku share lagi resepi pagi ni...kuih talam keladi



Terima kasih kerana sudi pagi-pagi subuh ni menjengah
blog aku ni, ape yang spesial hari ni?yang sepesel ialah puasa dah masuk hari yang ke empat, aku dari icu / ccu hospital banting berlari sebentar ke homestay Lorong Hj Jonid Kanchong Darat , Banting !
Tadi Alhamdulilah sempat bersahur ..lauk semalam aje , baki lauk jangan membazir... kite layan sup ayam dengan sambal kicap & teh o panas juge kopi minn kaffe okay kan heee...


Doakan mak cintahati kembali sihat macam selalu , mak di icu / ccu Hospital Banting



Aku akan sharingkan satu resepi kuih tradisional..
iaitu sejenis kuih talam....
resepi untuk berniaga atau untuk makan sendiri..
Bahan nak buat pun mudah nak dicari.. jadi ape lagi korang..
sila rujuk resepi dibawah ni..

Kuih Tradisonal


Resepi Talam Keladi Untuk Berniaga atau Untuk Family



Bahan



Lapisan Bawah



( A )



200 gm Tepung Beras ( Cap Teratai )

20 gm Tepung Ubi

1 ½ sudu kecil Garam Halus

300ml Santan Pekat

700ml Air



( B )



200 gm Keladi Ungu ( Keladi Cina )- Buang kulit, potong dadu , kukus dan timbang.

Cara membuat :

1.Bancuh ke semua bahan ( A ) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan Bahan ( B ) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap.


Lapisan Atas



100 gm Tepung Gandum

250 gm Gula Castor / Gula Halus

4 Biji Telur gred A / B

200 ml Santan Pekat

400 ml Air

¾ penutup Pewarna Violet / Purple


Cara Membuat

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata, kacau rata supaya tepung tidak bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak Hingga naik wap.

3.Tuangkan ke atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15-20 minit.

4.Sekali – sekala tudung hendaklah dilap.

Tips :

Sila gunakan Loyang segiempat 10 inci x 10 inci untuk 1 resepi ini

Jika menggunakan Loyang 11 inci x 11 inci = gunakan 1 ¾ resepi

Jika menggunakan Loyang 12 inci x 12 inci = gunakan 1 ½ resepi

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Talam ini aku telah menggunakannya semenjak 2004 semasa berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu aku yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kepada korang yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang aku buat.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!



Sunday, May 28, 2017

Aku murah hati pagi ni nak sharekan resepi...

Syukur Alhamdulillah , pagi untuk sahur ni aku dari ICU / CCU Hopsital Banting pukul 330 pagi bergerak dengan adik sebentar ke homestay Jalan Jonid Kanchong Darat. Niat nak berbuka bersama abah , kakak , abang  dan anak buah...



korang kalau mencari pelbagai resepi-resepi dan menu menarik boleh ke link
sebagai sokongan korang  , aku akan beri 3 ebook PERCUMA YANG MELETOP & yang mendapat sambutan netizen !

agaknye puasa ni aku murah hati nak share dlm blog personal ni , biasanye korang memang tak kan jumpa resepi disini.....okaylah...

Masuk berpuasa Ramadhan ke 3 ni, korang bolehlah mencuba RESEPI NASI LEMAK KUKUS POPULAR yang mudah , sedap dan simple pembuatannya gitew...aku kongsikan pagi ini supaya korang bolehlah buat petang nanti.

gambar courtesy google

Bahan Utama 

1 kg Beras Biasa aje ( Korang tak perlu menggunakan beras yanag mahal dan bermutu tinggi cukuplah sekadar super 5 mahupun beras hancur )
2 liter Air
100 gm  Santan kotak
1 sudu kecil Halba
3 helai Daun Pandan
3 sudu besar Minyak Masak
Garam & Gula sebagai perasa
Pengukus 

Cara Penyediaan :

1.Cuci beras terlebih dahulu dan rendamkan beras denga 1 liter air , garam dan gula ( biar 15 minit )

2.Panaskan tempat pengukus dengan air yang mencukupi .Bahagian atas sila lapik dengan daun pisang atau jaringan plastik ( anda boleh beli dikedai hardware - ala yang buat pagar di kebun ..yang warna hijau tu )

3.Apabila air telah mendidih , masukkan beras yang telah direndam dengan air tadi ke dalam pengukus.Selerakkan beras diatas permukaan daun pisang atau jaringan plastik.Kemudian penutup pengukus ditutupkan.Biar 10 minit.

4.Selepas 10 minit korang perlu gembar gemburkan beras dan masukkan pula halba dan tuangkan lagi 1 cawan air atas beras.Penutup ditutupkan dan biarkan 10-15 minit lagi .

5.Santan dicampurkan dengan air , campurkan sedikit garam dan gula kemudian tuang ke dalam beras yang mula mengembang , masukkan juga minyak masak , gaul dan selerakkan .Tutupkan kembali penutup.

6.Korang selerakkan nanti sehingga nasi tanak dan menjadi cantik dan berbutir butir.

7.Apabila telah tanak , korang boleh alihkan nasi ke dalam bekas steel atau mangkuk plastik atau besen atau bekas nasi kayu .

8.kalau korang nak berniaga , nasi ni perlulah dalam pengukus bagi memudahkan korang jugak .


jangan lupa pulak sambal tumis ikan bilis dan condimentsnye...( condiments tu bahan sampingan seperti telur rebus , timun , kacang tanah goreng  )
ni die RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MUDAH DAN SEDAP BAK HANG !

Bahan Utama 

1 cawan Cili Kering Kisar 
1 cawan Bawang Merah Kisar
100 gm Ikan Bilis yang telah dikopek ( digoreng dahulu dan ambil minyak bekas goreng untuk digunakan menumis nanti )
1 inci Belacan
1 sudu besar Asam Jawa ( yang korang perlu ramas dengan air , kalau asaam jawa adabi korang letak 1/2 sudu besar aje )
3/4 cawan Air 
2 1/2 @ 3 sudu besar Gula 
1 sudu besar Garam
Baki minyak menggoreng ikan bilis secukupnya 

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bawang kisar sehingga pecah minyak ( gunakan api sederhana aje )

2.Masukkan belacan , asam jawa + air , biar ia mendidih , masukkan ikan bilis goreng kacau mesra dan biar seketika.

3.Perasakan dengan gula dan garam .

4.Kalau korang nak agak pekat atau kering ( penggunaan garam tu kurangkan sikit )

5.Kalau nak sambal tumis berkuah guna sukatan yang telah distandardkan ini okay..Selamat Mencuba Dan Selamat Berpuasa...

Jom sambil masak tu berzikir... Alhamdulillah , MashaAllah , SubhanaAllah


Sambil tu korang bolehlah jalan-jalan pada link yang aku beri beri ni






Friday, May 26, 2017

Doakan Mak cinta hati aku ini..dan selamat berpuasa...

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera kepada korang yang melayari blog aku pagi ini.
Semoga usaha korang melakukan ibadah berpuasa hari ini diterima 
disamping ibadah wajib yang perlu dipenuhi.InshaAllah

Ramadahan pertama ni , aku berada di Hospital Banting. Di bahagian menunggu icu /ccu .

dan telah berada di hospital ini selama 6 minggu .
Doakan kesihatan dan keselamatan mak cinta hati aku ini seperti selalu.Family dan sahabat-sahabat sentiasa berada di saat memerlukan.Terima kasih kepada semua.

Sedikit coretan...

Mak cinta hati aku semalam sedang menjalani
Prosedur Intubation- 
mesin mengambil alih peranan jantung.
bagi membantu mengeluarkan air dan ubat 
dalam badan mak yg tidak boleh diperoses lagi.
Telah menyebabkan badan mak plum. 
Ya Allah syukur proses intubation ini berjaya dan selamat dijalankan.




Kembali kepada post yang aku nak sharekan ialah...

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK RAMADHAN 1438H 2017
ZON 2 : SABAK BERNAM , KUALA SELANGOR , KLANG & KUALA LANGAT- BANTING

1 RAMADHAN / 27 MEI 

SABTU
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:24

2 RAMADHAN / 28 MEI

AHAD
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:24

3 RAMADHAN / 29 MEI

ISNIN
IMSAK : 5:31
BERBUKA & MAGHRIB : 19:24

4 RAMADHAN / 30 MEI

SELASA
IMSAK : 5:31
BERBUKA & MAGHRIB : 19:24

5 RAMADHAN / 31 MEI

RABU
IMSAK : 5:31
BERBUKA & MAGHRIB : 19:25

6 RAMADHAN / 1 JUN

KHAMIS
IMSAK : 5:31
BERBUKA & MAGHRIB : 19:25

7 RAMADHAN / 2 JUN

JUMAAT
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:25

8 RAMADHAN / 3 JUN

SABTU
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:25

9 RAMADHAN / 4 JUN

AHAD
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:25

10 RAMADHAN / 5 JUN

ISNIN
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:26

11 RAMADHAN / 6 JUN
SELASA
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:26

12 RAMADHAN / 7 JUN

RABU
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:26

13 RAMADHAN / 8 JUN

KHAMIS
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:26

14 RAMADHAN / 9 JUN

JUMAAT
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:26

15 RAMADHAN / 10 JUN

SABTU
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:27

16 RAMADHAN / 11 JUN

AHAD
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:27

17 RAMADHAN / 12 JUN

ISNIN
IMSAK : 5:32
BERBUKA & MAGHRIB : 19:27

18 RAMADHAN / 13 JUN

SELASA
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:27

19 RAMADHAN / 14 JUN

RABU
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:28

20 RAMADHAN / 15 JUN

KHAMIS
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:28

21 RAMADHAN / 16 JUN

JUMAAT
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:28

22 RAMADHAN / 17 JUN

SABTU
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:28

23 RAMADHAN / 18 JUN

AHAD
IMSAK : 5:33
BERBUKA & MAGHRIB : 19:28

24 RAMADHAN / 19 JUN

ISNIN
IMSAK : 5:34
BERBUKA & MAGHRIB : 19:29

25 RAMADHAN / 20 JUN

SELASA
IMSAK : 5:34
BERBUKA & MAGHRIB : 19:29

26 RAMADHAN / 21 JUN

RABU
IMSAK : 5:34
BERBUKA & MAGHRIB : 19:29

27 RAMADHAN / 22 JUN

KHAMIS
IMSAK : 5:34
BERBUKA & MAGHRIB : 19:29

28 RAMADHAN / 23 JUN

JUMAAT
IMSAK : 5:34
BERBUKA & MAGHRIB : 19:30

29 RAMADHAN / 24 JUN

SABTU
IMSAK : 5:35
BERBUKA & MAGHRIB : 19:30

30 RAMADHAN / 25 JUN

AHAD
IMSAK : 5:35
BERBUKA & MAGHRIB : 19:30

Semoga sedikit perkongsian info ini dapat membantu korang yang tercari masa dan waktu untuk berbuka juga imsak tahun ini 2017.


Kepada korang yang nak beramal juge..dan yang tercari-cari resepi masakan untuk sepanjang ramadhan mahupun untuk hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini-, resepi masakan , resepi baking kek dan biskut raya 

bolehlah menyokong dan turut membantu aku ini... berkongsi rezeki dengan memiliki pelbagai jenis dan tajuk ebook ( sila klik link di beri )
ebook @ buku masakan eletronik

Antara Tajuk Dan Judul ebook yang menjadi pilihan netizen !

Anda juga boleh hubungi 
Talian Hot 0172260719
untuk mendapatkan ebook-ebook menarik ini !




 





























Tuesday, April 25, 2017

Muzammil Hasballah - Surat Al Mulk

Semoga Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat...

Dalam beberapa hari ini
aku menjaga mak yg tidak berapa sihat 
di Hospital Banting..
dengan steady menahan sedikit ruang rehat dan tidurku..
walau kadang buat mateku terkebil kebil manje...gitew...
ingat sexy la tew????heeee....

Dalam ruang masa aku waktu ini yg 
lebih mementingkan kesihatan mak... 
supaya sihat seperti sediakala...
Aku masih sempat juga cuba melayan karier aku..

walau hanya mampu menjawap panggilan hp mahupun melalui whatsapp aje..
Panggilan-panggilan yang agak berat juga bagi aku...maklumlah 
dalam waktu genting macam ni aku perlu juga menghadapi..

Isu Properties yang tidak dijangka datangnye...
dengan kepale otak aku yang bercelaru bermacam-macam warna warni kreativitinye ni... 

Aku cuba deal yang terbaik untuk salah satu hotel di bukit bintang yang sedang aku usahakan..
agar berjaya dalam urusan jual beli antara client & owner hotel...

Aku ni cuma orang tengah yang penting kalau dalam bab urusan jual beli hotel mahupun resort...
ketike ini...gitew...

Ya Allah moga apa yang aku usahakan sejak beberapa tahun ini...terutama dalam industri properties jual beli hotel , resort dan commercial building akan lebih gemilang! Aku yakin aku akan closed deal dengan salah satu hotel yang aku pegang ni...dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak berapa cun ni..InshaAllah Semoga Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat..

Aamiin Ya Rabbal Alamin


Aku perlukan doa dan sokongan kalian...yang membaca coretan aku pagi-pagi ni..
kalau korang nak tahu..aku dan diketika ini disebelah katil mak aku sambil menaip.. (mak sedang tido lepas makan ubat )...di Hospital Banting..Wad Wanita tau...bukan penghalang untuk seorang anak lelaki untuk berjasa menjaga ibunye yang sedang sakit.

Tapi pic aku tak letak lah pic mak aku sedang sakit..aku letak pic aku yang ceria positif yea...

Semangat yang macam ni la yang kite mahu.....gitew!



Aku boleh korang pun boleh....

Monday, April 24, 2017

Isra' Dan Mikraj....malam ni aku menemani mak di hospital

Malam ni aku menemani mak di hospital

Assalamualaikum dan Selamat memperingati Isra Mikraj Nabi Muhammad SAW

Didoakan semoga kita semua.... yang membaca coretan aku pagi ni..supaya

Dipanjangkan umur
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya.
‎*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم*
‎*آمــــــــــــــــــين يَا رَبَّ العَلَمِينٍ*








Malam ni sambil aku menaip...di kiri kanan aku ada misi @ nurse shift malam yang sedang menjaga patient wanita...huuu nampaknye aku sorang aje lelaki dalam wad ni , 
Aku pun dah minta permission untuk menjaga mak aku , maklumlah aku ni adik beradik lelaki yang ramai.. perempuan sorang aje...iaitu kakak aku lah..staff nurse di Hospital Alor Setar Kedah tu..semalam kakak aku dah menjalankan tanggungjawabnya...kesian kakak aku...dia dari jauh sedaya upaya usaha sampai bersama suami dan anak-anaknya ke rumah maka abah aku ni di Telok Panglima Garang untuk melihat mak yang tidak sihat sejak akhir-akhir ni.

Aku mendoakan akan kesihatan , kesejahteraan dan kegembiraan mak aku kembali seperti sedia kala , semoga malam dan tarikh keramat Isra' Dan mikraj ini...doa-doa aku dan permintaan aku di makbulkan ...Aamiin InshaAllah...





Gambar ni..aku kongsikan sebagai kegembiraan aku kelmarin..menyediakan hidangan katering untuk Masjid Umar Al Khattab di Damansara Height...menu yang istimewa dan jarang aku terima tempahan yang bertemakan " MASAKAN MENU SABAH " sebelum aku balik ke kampung melawat mak abah dan...seterusnya...malam ini dan pagi ini....









Sayang mak keta-ketat....
( gambar mak aku tak kongsikan...pagi ini..InshaAllah..coming soon )


aku dan assistant aku kelmarin..chef zainal