Tuesday, April 25, 2017

Semoga Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat...

Dalam beberapa hari ini
aku menjaga mak yg tidak berapa sihat 
di Hospital Banting..
dengan steady menahan sedikit ruang rehat dan tidurku..
walau kadang buat mateku terkebil kebil manje...gitew...
ingat sexy la tew????heeee....

Dalam ruang masa aku waktu ini yg 
lebih mementingkan kesihatan mak... 
supaya sihat seperti sediakala...
Aku masih sempat juga cuba melayan karier aku..

walau hanya mampu menjawap panggilan hp mahupun melalui whatsapp aje..
Panggilan-panggilan yang agak berat juga bagi aku...maklumlah 
dalam waktu genting macam ni aku perlu juga menghadapi..

Isu Properties yang tidak dijangka datangnye...
dengan kepale otak aku yang bercelaru bermacam-macam warna warni kreativitinye ni... 

Aku cuba deal yang terbaik untuk salah satu hotel di bukit bintang yang sedang aku usahakan..
agar berjaya dalam urusan jual beli antara client & owner hotel...

Aku ni cuma orang tengah yang penting kalau dalam bab urusan jual beli hotel mahupun resort...
ketike ini...gitew...

Ya Allah moga apa yang aku usahakan sejak beberapa tahun ini...terutama dalam industri properties jual beli hotel , resort dan commercial building akan lebih gemilang! Aku yakin aku akan closed deal dengan salah satu hotel yang aku pegang ni...dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak berapa cun ni..InshaAllah Semoga Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat..

Aamiin Ya Rabbal Alamin


Aku perlukan doa dan sokongan kalian...yang membaca coretan aku pagi-pagi ni..
kalau korang nak tahu..aku dan diketika ini disebelah katil mak aku sambil menaip.. (mak sedang tido lepas makan ubat )...di Hospital Banting..Wad Wanita tau...bukan penghalang untuk seorang anak lelaki untuk berjasa menjaga ibunye yang sedang sakit.

Tapi pic aku tak letak lah pic mak aku sedang sakit..aku letak pic aku yang ceria positif yea...

Semangat yang macam ni la yang kite mahu.....gitew!



Aku boleh korang pun boleh....

No comments:

Post a Comment