Wednesday, April 12, 2017

Lagenda Tukang Masak Malaysia : Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Yaakub 1891- 1959

Pagi-pagi khamis ni...sedang aku kemas buku-buku dan fail-fail aku ..tetiba..terjatuh satu khazanah ke lantai..aku terus ambil dan belek-belek...macam biasa,...aku ni ade habit ..mesti nak cium dulu kalau lepas belek..ahhahaha..ada bau aura positif meletifla,....
OMG! buku masakan keramat aku....dan aku panggil khazanah !

okaylah...tajuk diatas tu..Memang Ngam Ho !
Dasyatkan bunyinya , Lagenda Tukang Masak Malaysia 
Pasti memang ramai tidak mengenalinya mahupun yang tahu mengenainya, aku berani cakap macam ni sebabnya , tiada info di media massa sekarang ini mahupun sesama chef otai menceritakan mengenainya. 
Jadi biar aku yang menceritakan akan kehebatan Allahyarham ini !
Mohon maaf sekiranya aku ada kekurangan lagi infonya...( boleh ditambah sekiranya ada saudara mara Allahyarham yang tahu boleh hubungi aku - chef obie )


gambar ni aku ambik dekat buku khazanah peninggalan Allahyarham & merupakan copy ke bahasa melayu dari tulisan jawi.


Dari mana aku tahu ni ? mana aku dapat info-info mengenai Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Yaakub ini ? Lahir pada tahun 1891 hingga 1959 mmmm... 

Aku cuba cerita sikit lah kirenya flasback memory itu..
..kisah akulah dulu..sebelum kisah Lagenda ni !

Heee..walau aku ni lahir tahun 1981 , dan tak pernah jumpa pun Allahyarham , akan tetapi ilmu masakan yang ditinggalkan nya itu telah sampai kepada aku walau bukan 100% tetapi ilmunya yang ditinggalkan itu amat bermakna dan beharga ketika aku mula "sedarlah"..hahaha masa aku dapat pemberian itu " iaitu sebuah khazanah buku masakan lama .

Yang tiada dijual dan didapati dikedai buku " 
Pada masa tu aku tak sedar lagi akan kepentingan nya untuk karier aku sekarang ni...maklumlah umur aku masa tu baru 16 tahun remaja jambu baru nak up la katekan...dan style rambut mau pakai brylcream ala azhar sulaiman..masa tu lah...( flashback ) 
Aku mula sedar ketika aku hendak dicampakkan ke Rotterdam City , Holland atau Belanda untuk bermulanya karier aku....hahaha masa ni umur aku 19 tahun gitu !Tidak pernah terlintas bro...apa pun aku bermula sebagai seorang steward dan merangkap pembantu ketua tukang masak .

Waktu aku terima hadiah khazanah , aku masih bersekolah menengah Tingkatan 4 di Sekolah Dato' Penggawa Timur Masai ( smkdpt ) Tahun1997.

Buku khazanah itu yang  telah diterbitkan pada era zamannya itu - dalam bahasa melayu tulisan jawi dan telah ditulis kembali dalam bahsa melayu lama oleh usaha anak Allahyarham sendiri ( aku lupa tanya abah aku siapa nama anak Allahyarham ketika aku dapat "hadiah @ gift " harijadi aku ke 16 tahun masa tu ) maklumlah aku pun tak faham kenapa abah aku beri hadiah buku masakan. Buku Masak ?masa tu aku fikir kenapa buku masak ? Buku Lama pulak tu.. tapi aku ni orangnya tak pernah meminta sesuatu yang diluar kemampuan abah aku. Aku cuma cakap terima kasih abah... rupanya abah mungkin dapat rasakan yang anaknya ini akan jadi seorang tukang masak atau chef yang dikenali juga. 
Abah aku ada pesan , hadiah ini memang Sangat Istimewa  kerana kazanah ni tiada dijual dikedai-kedai buku mahupun gedung buku besar mana pun dalam dunia ini..Abah aku cakap buku ini daripada anak penulis nya sendiri dan abah hadiahkan untuk anak abah ini..iaitu AKU. ( cukuplah flasback tu )

Padahal waktu itu..kalau tukang masak ni kerja nya tidak dipandang langsung masyarakat. Hanya segelintir yang terang hatinya dan mengagumi karier ini yang menghargainya.MashaAllah ...

Serba sedikit pasal khazanah ini..

-Penggunaan bahasa dulu-dulu pada tahun 1950 an..
- Fatwa atau Aturan Panduan & Pelajaran Pengurusan Masakan
-Sukatan klasik untuk memasak dzif-dzif yang berjumlah tidak kurang 5000 ( zaman sekarang kite panggil vvip )
-dan banyak lagi ..maklumlah khazanah...terpelihara...resepi-resepi dan menu yang sering digunakan untuk majlis-majlis hebat seperti Perkahwinan DiRaja Pada Zaman itu dan banyak lagi.
Rahsia bro!Rahsia Pohon Cemara..tau tak ?ahaks...
-Khazanah ini juga mendapat pandangan daripada Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Hussein On.
-Pandangan aku..walau banyak sungguh buku masakan moden yang ada diluar untuk dijadikan rujukan namun ia tetap tidak sama dengan khazanah ini.

Info Ringkas Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Yaakub

-Aktif Dlm Kegiatan Masakan & Berpengalaman Luas Dlm Masakan Pelbagai Majlis
-Bertanggungjawab Menyediakan Jamuan Makan Malam 5000 orang bagi Dzif-dzif Untuk perkahwinan-perkahwinan Di-Raja - Johor  ( 1956- 1958 )
-Pengarang Buku
-Aktif Dlm kegiatan Amal Kebajikan
-Pemeriksa sekolah-sekolah Ugama , Johor
-Pengarang Buku-buku pelajaran Ugama dan kitab yang telah digunakan oleh sekolah-sekolah Ugama di Negeri Johor.
-Penterjemah buku bahasa arab
-Berkhidmat dengan kerajaan Johor
-Menaja Pertandingan Bacaan Al Quran
-Menaja Sambutan Maulud Nabi
-Atas jasa-jasa baktinya kepada kerajaan Johor , beliau telah dikurniakan Pingat Ibrahim Sultan oleh DYMM Sultan Johor

Al Fatiha , beliau meninggal dunia pada 1 hb November 1959 ketika berusia 68 tahun, Semoga Allah swt mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya. 

Aamiin


Okaylah aku nak lelap kan mata sebentar, sebab pagi ni aku pukul 530am dah gerak keluar menuju bandaraya..eaaaaa aku subuh dekat HQ CIMB tau !tolong cket..yea..tanggungjawab tu...


muuuuaaaah sayang korang ! aku nak share satu lagu..pebret jugak ni...dari the beach Boys .. wouldn't Be Nice ost filem 50 first dates




Wouldn't it be nice if we were older?
Then we wouldn't have to wait so long
And wouldn't it be nice to live together
In the kind of world where we belong

You know it's gonna make it that much better
When we can say goodnight and stay together
Wouldn't it be nice if we could wake up
In the morning when the day is new?

And after having spent the day together
Hold each other close the whole night through
Happy times together we've been spending
I wish that every kiss was never ending
Wouldn't it be nice?

Maybe if we think, and wish, and hope, and pray, it might come true
Baby, then there wouldn't be a single thing we couldn't do
We could be married
And then we'd be happy
Wouldn't it be nice?
You know it seems the more we talk about it
It only makes it worse to live without it
But let's talk about it
Wouldn't it be nice?



No comments:

Post a Comment