Monday, April 24, 2017

Isra' Dan Mikraj....malam ni aku menemani mak di hospital

Malam ni aku menemani mak di hospital

Assalamualaikum dan Selamat memperingati Isra Mikraj Nabi Muhammad SAW

Didoakan semoga kita semua.... yang membaca coretan aku pagi ni..supaya

Dipanjangkan umur
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya.
‎*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم*
‎*آمــــــــــــــــــين يَا رَبَّ العَلَمِينٍ*








Malam ni sambil aku menaip...di kiri kanan aku ada misi @ nurse shift malam yang sedang menjaga patient wanita...huuu nampaknye aku sorang aje lelaki dalam wad ni , 
Aku pun dah minta permission untuk menjaga mak aku , maklumlah aku ni adik beradik lelaki yang ramai.. perempuan sorang aje...iaitu kakak aku lah..staff nurse di Hospital Alor Setar Kedah tu..semalam kakak aku dah menjalankan tanggungjawabnya...kesian kakak aku...dia dari jauh sedaya upaya usaha sampai bersama suami dan anak-anaknya ke rumah maka abah aku ni di Telok Panglima Garang untuk melihat mak yang tidak sihat sejak akhir-akhir ni.

Aku mendoakan akan kesihatan , kesejahteraan dan kegembiraan mak aku kembali seperti sedia kala , semoga malam dan tarikh keramat Isra' Dan mikraj ini...doa-doa aku dan permintaan aku di makbulkan ...Aamiin InshaAllah...





Gambar ni..aku kongsikan sebagai kegembiraan aku kelmarin..menyediakan hidangan katering untuk Masjid Umar Al Khattab di Damansara Height...menu yang istimewa dan jarang aku terima tempahan yang bertemakan " MASAKAN MENU SABAH " sebelum aku balik ke kampung melawat mak abah dan...seterusnya...malam ini dan pagi ini....









Sayang mak keta-ketat....
( gambar mak aku tak kongsikan...pagi ini..InshaAllah..coming soon )


aku dan assistant aku kelmarin..chef zainal


No comments:

Post a Comment