Saturday, March 4, 2017

Orang Yang Suka Merungut Adalah Orang Yang Tak Tahu Bersyukur

Salam , kalau ada yang belum tidur , bolehlah layan coretan aku pagi-pagi ni.
Beberapa hari ni aku agak sibuk juga , ke sana ke sini .

Selain bukan dalam schedule kerja dan harian aku tu...seawal 530 pagi merupakan masa bangkit aku dari tidur ..walau kadang tu aku memang tak tidur-tidur...terpaksa la dah tanggungjawab aku dengan kerja dan amanah aku pada masyarakat dan pelanggan aku


..lagipun aku tak pernah merungut dah lama tak merungut lah..bohonglah kalau kate aku tak pernah merungut..tapi tu semua ketika zaman aku tidak sedar dan tidak terang hati lagi..hahahah

Syukurlah sebab Allah tu masih pelihara hati aku yang agak lurus ni..poyo !hahahaha

sebab aku benci merungut..pada aku ' orang yang suka merungut adalah orang yang tak tahu bersyukur !' kerana dulu aku tergolong dlm kategori tu...jugak, kalau korang tergolong dalam kategori ni..cepat-cepatlah sentap!


Tarik nafas dalam dalam...tenangkan fikiran dan hembus....

Istighfar...MashaAllah..
kerana apa yang kite lakukan bukan kerana Allah ..sebabtu lah keberkatan hidup tu kureeeeenggg..

Buat apa pun Biarlah Dari Hati Nurani..Qalbu yang penuh dengan keIKHLASAN

Bila semua penuh ikhlas dan semnagat ..motivasi diri yang tinggi semuanya akan menghasilkan yang Indah-indah...InshaAllah.

Sila meninggal kalau rasa tak suka apa yang aku cakap ni...

paling tak pun sila mereput...heeee




tak sengaja terupload pic ni..alang-alang dah terupload..teruskan..kerana setiap yang berlaku ada sebabnya..Allahkan sebaik-baik perancang ! ni pic selebriti chef Singapore Chef Maznah & anaknye..aku lama lah jugak tak bersua ...last tu puasa tahun lepas..berbuka di restauran milik chef otai seorang ni...apa pun aku respect..sikap humble dan ramah tu..layan aku sedang berbuka .




sweetkan...usia bukan penghalang untuk terus succes dengan apa yang diimpikan !


korang jadilah diri korang yang sebenar , bila kite berusaha menjadi lebih baik..biarlah sesuatu yang akan memberi impak yang baik juga kepada persekitaran kita , mereka yang rapat dengan kite..tanpa menghilangkan jatidiri..asal kite,...janji aku tak susahkan orang lain..sempoi lah!

cuba kite hayati lirik ni....

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

lagu nyanyian : Yantzen




kepada korang yang sudi nak folow aku dipersilakan , kalau korang nak cari resepi dan isu masakan ianya ada dalam blog aku yang utama iaitu http://chefgunawanmalaysia.blogspot.my/ , dalam blog utama aku tu ada pelbagai resepi , info masakan , jadual kelas masakan dan kelas baking , ia lebih profesional disana.



No comments:

Post a Comment