Monday, March 6, 2017

Terima Kasih Daun Keladi

TERIMA KASIH DAUN KELADI 


suke tak tak kalau ada yang 
sudi beri anda baju raya tahun ni ?

Hahaha syukur Alhamdulillah ,walau aku ni memang tak kisah sangat 
bab persiapan diri sendiri kalau beraye..
macam tahun-tahun yang lepas..semua persiapan adalah daripada 
follower , adik beradik dan penaja yang bermurah hati menaja pakaian persiapan hari raya aku..

Aku memang tak pernah nak minta sponsor , segan beb...
sejak aku terjebak dalam industri selebriti chef, baru lah aku terpaksa menerima
sebarang pemberian..selagi ianya tidak melampaui batas susila..aku terima la.. tanpa syarat !

Aku nak ucap sesangat pada mereka diluar sana yang sungguh berhati mulia tu..
yang sudi sponsor pakaian mahupun apa sahaja..yang berkaitan dengan karier aku ni.

Tahun ini aku menerima sponsor baju raya lagi..seperti tahun sebelumnya.. dari 
Ash Riedah Wardah - beberapa baju melayu cekak musang , jubah dan..aku lupa lah ape die satu lagi, apa pun dah beberapa kali aku telah dihubungi dan diingatkan, baju raya aku ni dalam proses..
maklumlah bila dah ada yang tahu saiz badan aku ni..nak kate besar sangat tak juga..ketimggian ala Britney spears 5 kaki 4 inci !
Jangan marah yea..kaler pilihan..kuning diraja tau..tak agak-agak..huuuuu jubah coklat cooper..
actually aku memang tak kisah bab-bab pakaian dan kaler pilihan. Ada yang memberi..kite menerima ..syukur.. 

gambar aku tahun-tahun yang lepas juga, baju photoshoot untuk majalah ni juge disponsor- oleh FAHMY ANUAR FARMBERRY NETWORKS

Apa pun pujian diberi pada ASH RIEDAH WARDAH yang sentiasa bermurah hati menaja teman-teman dan kenalan alam mayanya,Rezeki kak ash pasti akan murah dan diberkati. Aamiin

Kalau anda berada di kuala terengganu atau dimana sahaja yang berminat menempah baju melayu , kurung , pakaian beruniform dan sebagainya bolehlah anda

Hubungi ASH RIEDAH WARDAH di Talian Panaz - 0108795331

Aku nak jugak terima duit raye .tahun ni
itu pun.kalau ade yang sudi memberi hahahaha...macam budak-budak ade angpaw hijau..aku pun nak..jugak..ala poyo budak tua ni!

Aku tulis ikut mulut aku ni..maklumlah dah pagi-pagi hari baru lah nak update blog personal ni...memang waktu macam ni lah baru seronok menaip...

sambil tu aku mesti nak share.. satu lirik lagu yang petang tadi tetibe bermain-main difikiran...gitew lah gamaknye..

Bukan ape..petang tadi aku kena libas dengan hujan lebat di ampang..sedang on the way ke chan sow lin...dalam pada merempit dengan motorbike kesayangan aku tu ...basah kuyup...berhenti lah di stesen lrt terdekat...aku nak hantar kucing ke chan sow lin..so naik lrt dalam keadaan basah..agak tidak selesa bro..mmmm tak pae lah yang penting niat murni aku tu nak hantar kucing sakit kepada tuannye...

jadi lagu Antara Hujan Dan Air Mata ni sesuai kot hahahah..

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…


No comments:

Post a Comment